Info Penting

Sunday, January 23, 2011

Mukaddimah

Salam... Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya berkesempatan juga menulis di blog ini.. Pertamanya saya  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya kerana memahami saya...Pihak PPD terutamanya En. Halim, Pihak Pentadbiran dan semua warga guru sksb serta anak didik pendidikan khas yang dikasihi.. Tidak lupa juga kepada guru-guru dan ppm pendidikan khas SK.Pengeli Timur yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Jasa-jasa anda semua, Allah jua membalasnya...
Seronok juga buka centre di tempat baru ini kerana banyak yang boleh saya pelajari. saya memang 'excited' dapat peluang ni.. jika dulu belajar ttg p&p je tapi kini kenalah tahu keseluruhan urusan program pendidikan khas ini.. terutamanya urusan pentadbiran..  Saya syorkan kepada rakan-rakan yang kena buka centre PPKI ni.. bersyukurlah kerana anda terpilih.. susah nak dapat pengalaman begini..
Diharapkan dengan adanya blog ini saya dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dari program-program khas yang lain.. Doakanlah juga saya dapat membuat yang terbaik dan menjayakan progam pendidikan khas ini.. amin...