Info Penting

PROFIL PPKI SKSB

SEJARAH PPKI SKSB


PPKI Sinar Bahagia mula ditubuhkan pada januari 2011 berikutan permintaan dari ibu bapa yang mempunyai masalah untuk menghantar anak mereka ke pendidikan khas di sebuah sekolah di Kulai. Tambahan pula, murid di sekolah tersebut terlalu ramai dan tidak dapat menerima kemasukan murid lagi. Jadi kemasukan seramai tiga orang  murid baru ini ditolak. Bagi mengelakkan pengabaian hak ke atas murid-murid khas tadi menyebabkan tertubuhnya Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia di Taib Andak ini..
Kelas pendidikan khas  ini dinamakan Adwa' Sakinah dan buat permulaan bilangan murid hanyalah seramai 3 orang, iaitu Mohamad Affi, Mohamad Haryzal dan Nor Diyana.. Kelas ini ditempatkan di surau lama sekolah ini, walaupun kecil tetapi buat masa ini ia amat selesa dan Syukur kehadrat Ilahi kerana kelas ini telah diubahsuai sebelum kelas ini dibuka lagi..Terima kasih kepada Pihak PPD,Pentadbiran dan guru SKSB yang telah  memberikan kerjasama dengan baik...